Sunday, 8 May 2011

Bicara Orang Lama


Sepagi mengikuti mensyuarat IPM(ikatan persuratan melayu).Ajk-nya, terdiri dari orang lama. Semangatnya masih tetap baru. Dan aku generasi yang baru setahun jagung, hanya memerhati. Belajar cara dan gaya orang lama bekerja memperjuangkan nasib IPM selama 60 tahun. 3 kali ganda usiaku sekarang. Lebih kuranglah. Tahniah IPM. Sekali lagi tahniah dengan kemunculan Antologi Ombak dan Pantai, gabungan 14 orang penulis IPM, dan aku salah seorang daripadanya. Siapa sangka, dari bumi serendah sekebun bunga, aku mengantologikan karyaku bersama anak cucu Hang Tuah. Kebertuahan diri, barangkali. Sayang, IPM bagaikan seperti sebuah badan penulisan yang dinaungi oleh datuk-datuk(baca: yang rata-rata bercucu). Di mana menghilangnya srikandi dan pahlawan muda? Ayuh, kawan-kawan, kita sambung perjuangan mereka. Biar mereka pula yang jadi pemerhati. Ayuh, biar kita pula yang bekerja. Kita sambung hayat IPM. Kita pastikan ianya hidup, kita beri ianya nafas baru. Walau nyawa kita tiada lagi, sekurang-kurangnya hayatnya tidak berkubur.  

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger