Selamat Datang Ke Laman Karya Saya

Sharifah Aisiah Syed Mahazar , sekarang bergelanda di Melaka dan sedang membina kerjaya sebagai penulis sepenuh masa.Mula bergiat dalam bidang penulisan seawal tahun 2006.Pada awalnya berjinak dalam genre puisi sahaja kemudian mencuba dalam genre cerpen di bawah bimbingan Zaharah Nawawi dan aktif sebagai peserta bengkel yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di sekitar Pantai Timur.

Kini bergerak sebagai penulis bebas dan masih bertatih dalam genre novel

Friday 21 December 2012

Kisah ibu 10 anak

Selalu orang kata, seorang ibu boleh jaga sepuluh anak, namun sepuluh orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu. Jawab si anak, oh tak sama. Masa ibu jaga kita, dah memang tanggungjawab ibu. Sedangkan anak, bukan ada mak sorang je, anak anak-anak sendiri yang perlu dijaga, bagi yang perempuan, ada suami, yang lelaki ada isteri, ada kerjaya. Roda-roda kehidupan. Nanti hari kita tua dan perlukan perhatian anak-anak, itulah jawapan yang akan kita dengar kembali. Hmm, sebagaimana kita akan sedih dengan ungkapan begitu, sama jugalah ibu kita telah terluka dengan alasan kita. Jadi, berbaktilah kepada ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat kita atau mereka.

Monday 26 November 2012

Amalan menangkis sihir

Baca dan kongsikan bersama.
Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.

Saturday 3 November 2012

Ziarah diri

Hujung minggu begini, selalunya orang tuaku di kampung akan berziarah ke rumah saudara mara. Jauh mahupun dekat. Yang sihat, apatah lagi yang uzur. Bukan saja saudara yang berakar umbi pertalian kasih sayang, malah saudara sesama muslim. Ini bukan budaya, tapi inilah amalan yang dituntut dalam Islam. Anak-anak dah besar, rezeki pun ada, kesihatan masih terjaga, menziarah merupakan salah satu amalan yang digalakkan dalam Islam. Apa pula yang dikatakan ziarah diri? Sihat luaran, bukan tandanya dalaman juga sihat. Terkadang masih didatangi rasa negatif terhadap saudara muslim yang lain. Itu tandanya diri sakit. Ziarahlah ke dalam diri. Rawatilah dengan kalam Tuhan. Bersujud dan berdoa agar dihindari dari perasaan sebegitu. Seorang mukmin yang sihat rohaninya akan sentiasa bersyukur di atas apa saja yang menimpa diri. Bersyukur tatkala melihat kesenangan orang lain. Masih lagi bersyukur bila diri dianiaya. Allah menduga, bermakna Allah sayangkan kita sebagai hamba. Barangkali kita sudah terlalu lalai dan alpa. Sesekali tenggadah, kita berkesempatan menilai amal diri selama ini. Bersyukurlah. Ziarah diri setiap saat dan detik nadi. Dunia ini hanyalah pinjaman. Setiap yang dipinjamkan takkan kekal menjadi milik kita. Tiada guna perasaan tidak menyenangi orang lain dijadikan virus dalam hati kita. Sedangkan, apa yang Allah kurniakan padanya hanyalah pinjaman dan ujian semata. Sama juga dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Ujian kekayaan adalah kufur nikmat. Berapa ramai orang kaya yang menidakkan harta kekayaan yang Allah berikan. Binauzubillah. Selamat menziarah diri.

Tuesday 30 October 2012

Aidiladha

Seperti Aidilfitri yang lepas, aidiladha juga mendatangkan seribu makna untuk diri. Kemeriahan menyambut Hari Raya Korban bersama sanak saudara masih terasa. Segar membunga bak kelopak mawar di pagi hari. Harumnya mekar dalam benak memori. Tahun mendatang semoga pertautan ukhwah antara kami kian erat. Kerinduan menyengat kalbu setiap detik. Saat-saat berkumpul bersama sanak saudara terdekat adalah saat yang cukup beerti. Walau hanya sesaat, itu lebih penting dari segalanya. Kita mampu membeli segalanya dengan duit, namun bukan kasih sayang. Segalanya perlukan duit, namun untuk kasih sayang hanya perlukan keikhlasan. Lahirnya dari hati dan berakar umbi sejak lahir.
Bila terbaca kisah seorang tua yang sudah 54tahun tidak dapat pulang beraya di kampung laman, alangkah bertuahnya diri. Setiap hari raya, malah hari-hari yang berkelapangan, selalu pulang ke kampung laman. Rindu ini hanya tertumpah ke sana. Baru 2hari meninggalkan desa tercinta, sudah menghitung hari untuk pulang lagi. Alangkah permainya tanah kelahiran. Menyimpan secangkir kenangan dalam gugus memori. Setiap saat berantai dalam sukma. Walau seindah manapun tanah rantau, ianya tetap bukan negeri kita. Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. Biarlah diri mengutip butiran emes untuk dibawa pulang ke negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga. Lagipun, berjauhan sering mengajar eti rindu yang dalam. Perpisahan itu juga perlu untuk menjadi lebih menghargai dan dihargai. Sejauh mama diri berkelana, satu saat nanti diri akan kembali ke tanah desa. Tunggulah aku di sana. Kita pasti akan bersama.

Monday 22 October 2012

Dakyah dalam filem tamil

Semalam, saya sempat menonton filem Tamil di tv 2. Kerana saya tidak bermula pada awalnya, saya kurang jelas cerita berkisarkan apa. Terdapat beberapa sedutan masa lampau dari salah seorang pelakon, yang saya kira dari rupa paras yang kurang hensem, dia bukanlah hero cerita (kerana hero selalunya hensem). Watak seorang lagi pelakon, bolahlah untuk jadi hero. Tapi perwatakannya tak lagak macam jantan. Makksudnya, bukan jenis hero serba boleh. Seorang yang cerewet, mabuk darah dan mudah menangis. Manakala yang kurang hensem pula perwatakannya sentiasa cool. Saya mengangak barangkali watak ini menyimpan kisah silam. Menonton filem tamil selalunya berbeza daripada menonton filem hindi. Filem hindi lebih mudah dibaca kronologi ceritanya bagaimana. Dalam sedar atau tidak, satu watak (kurang hensem) membawa kepercayaan tiada Tuhan. Tuhan itu adalah manusia. Contoh: bila si hensem menangis melihat seorang budak, mangsa kemalangan keretapi mati, walaupun setelah dia dermakan darahnya, dia menangis. Si kurang hensem menyatakan, "kaulah Tuhan." Bila ditanya mengapa, "kerana sifat Tuhan itu menangis." (Awas, jangan terpengaruh dengan dakyah sebegini). Si kurang hensem ada kisah silam yang mengesankan dirinya. Hanya seekor anjing yang menjadi teman kesunyiannya. Dianggap seperti anaknya sendiri. Dan dalam satu babak, dia menyatakan, "Dog", bila diterbalikkan menjadi "God". Menyamakan Tuhan itu seperti seekor anjing atau anjing itu sama seperti Tuhan. (Awas, berhati-hati dengan dakyah ini). Mesej yang disampaikan memang bagus. Sematkan nilai kasih sayang dan rasa percaya sesama insan. Namun, dakyah juga tidak kurang hebatnya. Remaja yang kurang didikan agama, akan mudah terpengaruh dengan ungkapan begini. Kononnya, cinta itu tidak perlukan Tuhan. Hanya perlu ada keyakinan diri semata dan kitalah Tuhan. Berhati-hatilah bila menonton. Wassalam.

Sunday 21 October 2012

Siapa kita

Seringkali diri bertanya siapa kita? Siapa mereka dan siapa dia? Siapa-siapa saja, namun diri sedar, diri adalah hambaNya yang kerdil.

Sunday 7 October 2012

Menulis untuk apa dan siapa

Kata Chairil Anwar" dengarlah apa yang dikata, jangan lihat siapa yang berkata." Jika menilai akar umbi, tiada seorang pun yang layak untuk menegur. Semua tak lepas dari melakukan dosa. Sebaiknya, jangan bersikap menghukum. Terima yang baik, nilaikan sendiri. Yang dirasakan kurang sesuai dengan kehendak diri, ketepikan dulu. Ketepikan - bukan buang terus. Kurang sesuai untuk masa kini, mungkin akan datang kita perlukan ia. Terkadang emosi cepat menghakimi. Bila hati berkata "tidak", dah tentu payah lagi untuk menerimanya. Seorang penulis juga tentulah bukannya seorang manusia yang terlalu sempurna untuk menulis sesuatu yang terbaik. Tulisannya mungkin baik, sikapnya belum tentu baik. Menulislah tentang apa saja dan untuk sesiapa yang mahu membacanya. Tulisan yang baik akan dibaca oleh orang yang baik. Jika bukan hari ini, apsti akan dibaca juga seandainya kita terus menerus menulis. Tahu hala tuju dalam bidang penulisan juga perlu. Tak tahu pun tak mengapa. Asal tahu kehendak diri dan jalan mana yang sedang kita lalui. :)

Sunday 23 September 2012

Budak-budak punya cerita

Tertarik dengan post kat dinding muka buku Nofal. Bunyinya lebih kurang begini, "budak u kata, spm senang, budak spm kata, pmr senang, budak pmr kata, upsr sng, budak upsr kata, tadika lagi senang, budak tadika kata - tak sekolah lagi senang. :).. Itu kata budak-budak. Apa kata dewasa. Kata diri, masa kecil - nak cepat-cepat jadi remaja. Dah remaja - nak cepat-cepat jadi dewasa. Tapi dah dewasa - tak nak cepat-cepat jadi tua. Kalau boleh nak jadi kecil balik. Kenapa? Dewasa mengajar makna payah. Payah sehingga seringkali bila rebah, rasa terlalu sukar untuk bangkit. Walau akhirnya bangkit juga, sebab kita bukanlah orang yang pertama yang jatuh. Sakit macam mana, kehidupan harus diteruskan. Untuk tersu hidup, mestilah kena berjuang. Bab kata yang selalu kita dengar, hidup ini satu perjuangan. Malah sebenarnya bukan satu, tapi mesti berjuang beribu kali - hingga akhirnya - MATI. Wassalam.

Friday 14 September 2012

Di takuk Aidilfitri

Syawal pergi meninggalkan jejak kenangan yang masih membaur wangian harum kemboja. Setiap kali Syawal, sehabis solat aidil fitri, sanak dan keluarga akan berjemaah ke kubur. Bersila di atas tikar yang dihampar, dan bertahlil. Sesudah itu, seorang akan menjadi ketua untuk memberikan wang atau duit raya kepada seluruh keluarga. Masing-masing yang mahu bersedekah akan menyerahkan wang kepada ketua, dan menganggar jumlah kaum keluarga yang ada dengan jumlah duit, kemudian kanak-kanak didahulukan untuk beratur. Selebihnya dibahagikan kepada yang dewasa. Istimewanya, kami sekeluarga akan solat di Masjid "Tok Syed". Dan sesudah itu, menziarah ke kuburan "Tok Syed". Bukan bermakna ashabiah. Tetapi kuburan itu memang diwakafkan oleh seorang ahlul bait untuk ahlul baitnya yang lain. keluarga "Syed" yang meninggal, akan dikuburkan di situ. Manakala al-ajam pula ada tanah kuburan yang lain. Begitu juga dengan masjid. Ianya dibina oleh ahluh bait dan telah diwakafkan. Tetapi di masjid, sesiapa pun boleh solat. Tidak timbul soal ahlul bait atau al-ajam. Semua orang Islam bersaudara. Diri terfikir, andai kata tiada Syawal, masih bolehkah berkumpul sebegini bersama sanak saudara. Ya - masih boleh. Tetapi bukan dalam suasana yang gembira. Iaitu apabila adanya kematian. Syawal bakal berlalu dan diri tidak tahu, apa mungkin masih akan ada Syawal lagi atau inilah Syawal terakhir. Seperti juga Ramadhan yang pergi, dan tidak memberi diri sebarang janji untuk bertemu lagi. Hanya masa dan Tkdir yang akan menentukan. Andai ini Syawal terakhir, diri pasti akan pergi dengan kenangan yang abadi. Baru saja beberapa minggu, diri sudah terasa mahu pulang lagi. Mahu berkumpul dan berziarah ke rumah sanak saudara. Namun diri terhimpit dengan tugasan dan hambatan masa. Raya Aidil Adha, diri akan pulang dan berziarah dan tentunya yang paling meriah, kembali berkumpul sekeluarga. Rindu mula menggamit. Sejauh mana langkah meninggalkan tanah tumpahnya darah, hati dan jiwa sentiasa berdetik untuknya. Rasa ini tidak akan bergelora sebegini andai tiada perpisahan. Kerana itu perpisahan memang perlu. Barulah kita tahu ertinya rindu. Berjauhan sesaat mengukir rerinduan selamanya. Diri terasa seperti mahu menulis panjang dan begitu panjang. Terlalu banyak kenangan Syawal dan Ramadhan yang melekat di sanubari. Hinggakan tak terluah dengan kata-kata dan nukilan semata. Biarlah diri menelannya saja.

Thursday 30 August 2012

Raya yang indah

Datang saja ke Melaka, seorang kawan bertanya, "meriah ke beraya?" Tentu sekali meriah. (Tersenyum lebar - masih terbayang gelak tawa bersama keluarga di kampung). Hmm.. yeke? Kawan yang bertanya seperti meragui. Katanya, bukankah di Kelantan Hari Raya Puasa kurang sambutan, tak seperti Hari Raya Haji. Aku masih tersenyum lebar. Keindahan raya dan kemeriahan bila disambut bersama keluarga tersayang. Tak kira hari apa pun. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji atau Raya Cina sekalipun, bila mana dapat berkumpul, tentu sekali meriah. Hehe. Melihat dengan mata telinga tudak sama dengan melihat dari mata hati. Kawan itu barangkali mendengar dari mulut ke mulut. Atau mendengar dari orang yang menyambut raya di Pantai Timur dalam kalangan mereka yang suram. Tidak pada aku. Dari kecil hingga dewasa kini, kemeriahan sambutan raya masih menyengat di kalbu. Wassalam. :)

Monday 6 August 2012

Khutbah Rasulullah

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu. (Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah

Sunday 5 August 2012

Kisah Malaikat penghantar amalan solat akhir waktu.

Mari, berkongsi ilmu. Mahukan dunia, dengan ilmu. Mahukan akhirat juga dengan ilmu. Kesimpulannya, hidup ini mesti berilmu. Jambatannya membaca, dan untuk memanfaatkan ilmu yang, harus berkongsi cerita. Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita yea… Jika berpuasa amalan kita direct terus pada Allah… tapi jika bersolat ada “Posmen” pula untuk hantar amalan kita pada Allah…. Kisahnya…. Setiap kita ada malaikat… Malaikat yang hantar amalan solat kita pada Allah. Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. .. Jika solat di awal waktu, Tolnya “free”… Tiada sekatan tol… Tiada “jem”… Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah… untuk dinilaikan…. Tapi Jika solat di akhir waktu, Tol free juga… Tapi sekatannya… MasyaAllah…. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita… Kenapa lewat poskan amalan kita… Merayu-rayu posmen malaikat kita… Minta diberi laluan… Tetapi… Penjaga langit pertama tidak heran… Dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi. Maka. Jatuh berderai…. Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita…. Satu persatu dikutip…. Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua. Dilangit kedua….. Samalah juga…. Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan… Merayu lagi posmen kita. Tapi masih tidak dipedulikannya… Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi jatuh berderai lagi…. Dikutip satu persatu amalan kita… Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah… Dilangit ketiga… Laaaa…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita…. Kenapa lewat hantar amalan tersebut…. Tiada kompromi… Terus dibaling amalan kita… Jatuh berderai amalan kita…. Tak ade nilai…. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi… Maka, Tak sampailah amalan kita kepada Allah… Seolah-olah kita tak solat juga… Maka…. bersedialah kita menerima pembalasannya…. Tak di dunia di akhirat pula…. Hilang duit…. Hati risau… Tender ditolak…. Ujian bertimpa-timpa….Ishhhh…. Tak berbaloikan kita buat amal…. Tapi tak sampai…. Dahlah tu…Tak de nilai….. Kena azab lagi nanti…. Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami, suka solat di awal waktu. Gentarkan hati kami selagi kami tak segerakan… Biarlah kami gentar di dunia… Agar kami tidak gentar lagi di hari akhirat.. Ameen….

Saturday 4 August 2012

Kematian

Janji Allah adalah benar. Ya - bila saatnya, ia tidak akan dilewatkan atau dicepatkan, walau hanya sesaat. Setiap insan akan merasainya. Bila Izrail datang, siapa pun tidak berdaya menutup pintu kematian. Begitulah ianya terjadi. Bagi insan yang berdepan dengan kehilangan orang tersayang, lapangkan dada. Terima dengan redha dan ikhlas. Kita juga akan turut jejak yang sama, hanya masa saja yang belum sampai. Bekalan untuk ke negeri abadi wajip dipersiapkan dengan amalan yang soleh, sedekah yang berpanjangan, dan doa-doa anak yang beriman. Brangkali pernah berlaku atau terlintas dalam hati dan minda: *) Mengapa secepat ini dia pergi? *) Atau, tidak bolehkah dia menungguku hanya untuk seminit lagi. Aku masih mahu mengatakan sesuatu. Dan pelbagai persoalan yang mungkin muncul dalam ketiktentuan perasaan mendepani musibah tersebut. Sesungguhnya, yakinlah, setiap TakdirNya telah tertulis. Itu semua adalah rahsia Allah. Matinya hamba itu, terputuslah hubungannya dengan dunia. Bagi kita yang masih tinggal, jadikan kematian sebagai peringatan bahawa kita juga akan menempuh jalan yang sama. Doakan mereka yang telah pergi semoga rohnya dicucuri Rahmat. Sedekahkan bacaan kalam Allah. Detik-detik ajal kita juga semakin hampir, kerana semakin jauh perjalanan, bertambah dekatlah kita dengan kematian.
Sehelai daun akan digugurkan sebelum 40 hari kematian seseeorang. Namanya tertulis di atas daun tersebut. Dan Malaikat Izrail akan menyambutnya. Hari berganti hari, samada menjalani hidup seperti biasa atau merasakan perbezaan seperti ada sesuatu, namun lidah ajal akan tetap terkunci sehinggalah tiba waktu. Kita sudahpun diperingatkan bahawa dunia ini hanya pinjaman. Bila harinya sedah tamat tempoh, Sang Pemilik akan mengambilnya semula. Kembalilah dengan tenang bagi yang dijemput Ilahi, dan terimalah dengan sabar bagi yang masih hidup. Si mati akan meneruskan perjalanan yang panjang ke negeri abadi, dan kita akan terasa sepi seketika. Kita atau dia, yang membezakan siapa yang pergi dahulu. Ditinggalkan atau meninggalkan. Beza tapi masih sama. Perteguhkan diri dengan kesabaran dan perkuatkanlah dengan keimanan. Semoga dengan izin Ilahi, akan bertemu di Syurga nanti. Ameen.

Thursday 2 August 2012

Tulislah apa saja

Masih jelas kata-kata dari Pak Kassim sewaktu mengikuti bengkel penulisan kritis di Titihayun, Kedah. Untuk jadi penulis, membaca, membaca, membaca, kemudian menulis. Untuk jadi penulis, kita tidak akan menghasikan apa-apa andainya hanya semangat saja yang gempak. Harus duduk dan menulis. Barulah akan dapat hasilnya. Cita-cita dalam hidup ini mesti jelas. Bila kita sudah pilih jalannya yang mana, tempuhilah apa saja rintangan yang ada di jalan itu. Hati mesti kuat. Jiwa harus tabah. Jauhkan perkataan tiada daya dalam kamus diri. Allah Maha Mengetahui di atas setiap ujian yang diturunkan. Kelemahan diri jadikan pakej untuk membuktikan bahawa kita sbeneranya bukan lemah. Itu adalah satu anugerah untuk kita sedar dan insaf bahawa tiada kesempurnaan terhadap insan. Senantiada memperbaiki dengan pasrah dan berdoa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Perjuangan

Jatuh bangun dalam kehidupan satu perkataan yang paling kerap disebut segelintir manusia yang berjaya. Belajar dari kegagalan. Sekali kalah, bukan beerti selamanya akan tewas. Jika mengalami seribu kekalahan, kita harus berusaha sejuta kali. Kemenangan sesudah kenal erti kecewa lebih mahal harganya. Hanya yang merasai saja mengerti maknanya. Barangkali kita punya 1000 sebab untuk menangis, namun kita masih ada 1001 alasan untuk terus tersenyum. Pengalaman hidup akan mengajar kita menjadi lebih matang. Kematangan itu tidak boleh dibeli. Hanya diri saja yang mampu mendapatkannya. Untuk berjaya, tiada makna kalah atau gagal. Yang mesti disematkan, usaha, doa, ikhtiar dan tawakkal. Usaha kemudian usaha lagi. Doa yang berterusan. Dan begitulah. Sentiasa mensyukuri nikmat Ilahi. Jauhi perasaan yang senantiasa mengeluh dan lemah semangat. Setiap individu yang berjaya pernah mengalami sesuatu yang sama seperti kita. Namun, mereka kuat dan tidak sekali-kali menyerah. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap bebanan yang Allah timpakan ke pundak hambaNya bermakna Allah tahu, hamba itu kuat untuk berdepan dengannya. Jangan jadikan diri kita lemah dan menyerah semata. Gagal di jalan pertama, masih ada sejuta jalan bahagian yang menunggu. Sentiasa melihat dengan minda yang positif. Dengan hanya duduk dan menangis, tiada kejayaan yang akan datang bergolek. Harus bangun dan berusaha. Siapa kata kita diciptakan untuk gagal. Siapa pula yang sedar bahawa kita dilahirkan sebagai manusia yang berjaya. Untuk menjadi manusia yang berjaya dunia akhirat. Bukankah Rasul pernah berpesan, mahukan dunia dengan ilmu, mahukan akhirat juga dengan ilmu. Belajar dan didiklah diri untuk sentiasa berprasangka baik di atas setiap kegagalan. Brangkali usaha belum cukup dan Allah Maha Mengetahui setiap TakdirNya. Mengapa mesti mendera perasaan di atas setiap kegagalan yang dialami. Itulah pengalaman yang teramat bernilai. Hargai pengalaman tersebut untuk dibayar dengan sebuah kejayaan suatu saat nanti. Masanya akan tiba. Harungi hidup ini tanpa sebarang rungutan dan keluhan. Senyumlah kerana ada insan sebelum kita yang telah menderita lebih dari apa yang kita rasai.
Mawar yang harum masih ada duri di dahannya. Untuk memilikinya terkadang terpaksa melukai jari andai tidak berhati. Sentiasa belajar dari kekurangan diri dan menerimanya sebagai kelebihan yang tiada pada orang lain. Pasrah bukannya menyerah. Tetapi belajar mengikhlaskan diri dan Redha. Kemudian jadikan pedoman hayat dan teruskan melangkah sebagai hamba yang soleh. Derita kisah para nabi dan rasul jadikan inti kehidupan. Mudah-mudahan akan memberikan sedikit kekuatan dan keinsafan. Semakin banyak yang diharungi, semakin tebal semangat juang. Bukankah dikatakan hidup ini perjuangan. Untuk mendapatkan atau merealisasikan cita, wajib berusaha. Tiada yang akan diperolehi dengan mudah tanpa susah payah. Jika ada pun, tidak akan kekal lama. Lagipun, kejayaan yang diperolehi hasil usaha sendiri, itulah kemenangan yang abadi. Seperti terlalu banyak pula yang diri mahu catitkan. Hmm.. menarik nafas panjang, bukannya mengeluh. Tapi.. semoga diri meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga diri sabar dan ikhlas di atas usaha yang belum membuahkan hasil. Tandanya, diri mesti tingkatkan lagi usaha. Bermuhabah dan perbaiki kekurangan yang ada. Ingatlah wahai diri, usaha tangga kejayaan. Dengan Izin Allah, kejayaan pasti akan mendampingi sedikit masa lagi. Bersabarlah menanti, hanya sedikit masa saja. Selamat berjuang. Ameen.

Saturday 21 July 2012

Lambaian Syawal

Belum pun mula berpuasa, lambaian syawal sudah terasa. Rindu menyengat kalbu. Cepatnya masa berlalu. Masih terasa kemeriahan raya pada tahun sudah. Segar lagi dalam ingatan, ketika menyambut raya di usia kecil. Kenakalan zaman anak-anak riang mengusik saudara mara yang bertandang. Kini, segalanya bagai sudah terubah sendiri. Kesibukkan dan keasyikkan menyusur arus melekakan kita. Keeratan silaturrahim suram tiada lagi warna warninya. Sesekalai bertemu, ada yang lebih selesa menonton tv, mengadap skrin lap top, menyentuh skrin blacberry, samsung galaxy, dan macam-macam hal lagi.
Kad raya? Hmm.. pesanan ringkas lebih popular, mudah dan ringkas. Tiada lagi sapaan madah di atas sekeping kad. Aku masih terkenangkan saat itu, dan aku rindukan saat-saat begitu. Aku masih lagi mengutus kad raya, tapi hanya untuk keluarga terdekat saja. Itu pun, tiada lagi balasan. Hanya yang ada, sepotong ayat pesanan ringkas, "terima kasih, kad sudah diterima, maaf, tak sempat balas." Masa melarikan kemesraan yang sering ditulis di atas sekeping kad. Andai dulu, sempat lagi bertanya khabar, "masak apa hari ni?".. "baju raya berapa pasang?".. banyak ke buat kuih?".. dan macam-macam lagi yang ditanya. Alangkah dekatnya hati-hati kita saat itu. Saling mengutus kad pengganti diri. Hmm.. (memikirkan sesuatu yang hilang - mada lalu)

Friday 20 July 2012

Ya Ramdhan

Ahlan Wasahlan.. Alhamdulillah,kita ketemu lagi. Mudah-mudahan kau sempat datang kepadaku. Hanya sehari lagi. Aku menunggumu ya Ramadhan.

Wednesday 27 June 2012

Panglima Awang

Siapa Panglima Awang? Hmm.. dunia telah dikejutkan dengan kemunculan pelayar melayu global yang membuat pelayaran dan membuktikan dunia ini bulat. Hebat kan anak melayu. Para pengkaji sejarah masih mencari bukti kukuh untuk ditunjukkan kepada dunia barat. Ada banyak pihak yang mempertikaikan. Versi terbaru yang saya mahu kongsikan, tentang kewujudan Panglima Awang. Dalam sejarah dunia ada menyebut juga sebagai Henry The Black. Setelah kejatuhan kerajaan Melaka 1511, Awang dibawa ke kapal Portugis sebagai tawanan @ hamba. Manggelan sebagai nahkoda kapal waktu itu menjadikan Awang sebagai orang suruhannya. Awang dan Panglima seperti bayang-bayang. Manggelan terpikat dengan kerajinan Awang bekerja dan menjadikan Awang sebagai orang kanannya. Jelas, Awang bukanlah sebagai anak kapal biasa. Mereka membuat pelayaran untuk membuktikan dunia ini bulat. Mengikut sejarah, Awang dan Maggelan serta anak kapal yang singgah di satu kepulauan di Filifina. Manggelan mati dalam peperangan di sana dan mengamanahkan Awang mengendalikan kapal untuk menyudahkan pelayaran tersebut. Timbul perasaan tidak senang hati terhadap anak melayu tersebut. Dikatakan juga semasa di sana, Awang tinggal untuk beberapa ketika. Ada kemungkinan Awang ada meninggalkan zuriat di sana. Jika dipersoalkan pula tentang agamanya, perkara ini memang tidak dapat disimpulkan sesiapa. Awang telah dibabtiskan kepada kristian. Namanya juga turut ditukar. Dalam kancah perang dan desakan untuk terus hidup, sesiapa pun tidak dapat mengelak dari hal sebegini berlaku. Namun, bangsanya memang Melayu. Nyata Awang merupakan pelayar melayu global. Memiliki kemahiran, keberanian dan tahu selok belok ilmu lautan. Jika tidak masakan dia mampu bertahan. Untuk berada di tangah lautan bukan senang. Terpaksa bergelumang dengan ombak ganas. Keadaan cuaca serta udara di tengah lautan juga boleh menyebabkan penyakit kulit. Siapa Awang pada asalnya Awang dikatakan merupakan seorang anak saudagar. Kerisnya bertakhtakan permata. Di rumahnya mempunyai berpuluh orang pembantu. Dia melihat kejatuhan Melaka. Akibat perang juga, dia dipaksa menjadi hamba sahaya. Kesan perit peperangan menjadikan Awang seorang yang kuat menempuh arus kehidupan. Syabas Awang! Semoga pengkaji sejarah dapat mengemukan bukti yang lebih jelas dan menaikkan martabat Melayu serta Awang di mata dunia.

Thursday 21 June 2012

Bersedia melalui jambatan hidup

Jambatan terpendek adalah putus asa. Jambatan terpanjang merupakan pengharapan. Jambatan terkuat hanyalah iman. Jambatan termahal ialah sebuah pengorbanan. Manakala jambatan terindah sebuah kasih sayang. Jambatan mana yang mesti kita pilih. Saat diri terkulai disebat duka, terasa seperti mahu saja melalui jambatan yang paling singkat. Namun, bukan itu kehidupan yang diri mahukan. Diri harus berjuang, meredah duri-duri ranjau dengan senyum yang paling manis. Andai sebuah hati telah musnah dihempap kecewa, diri punya sebuah lagi hati untuk meneruskan perjuangan ini. Sesekali tidak akan mengalah atau pasrah begitu saja. Walau diri mengerti, tiap-tiap ketetapan telah sedia ada, namun tidak semudah itu diri mahu menyerah dengan hati yang kalah. Kata dari seorang kawan aku semat kemas. Hidup ini payah, ingatlah kita masih ada Allah. Kala diri terasa begitu lemah untuk meneruskan langkah, kala terasa seperti mahu menangis di bahu kawan, itulah pesan yang diri pegang. Kita masih ada Allah. Bukan semua harus kita kongsi. Ada yang terlalu berat untuk dizahirkan dengan kata. Payah. Ya- memang payah. Namun, kepayahan itu tidaklah apa-apa jika dibandingkan dengan kesusahan para sahabat dulu. Apalah sangat yang diri hadapi, andai diukur dengan derita para anbiya. Diri tetapkan, mesti kuat jika mahu hidup. Orang lemah akan mati sebelum dimatikan. Berjuanglah diri dengan senyummu yang paling manis.

Monday 18 June 2012

Dikir barat vs dikit karat

Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu dikir dan pantun atau dikir dan karut. Dikir karat pula pihak-pihak yang menumpang dalam gelanggang yang sama. Menggunakan tiket dikir barat, sebaliknya yang ditonjolkan adalah dikir yang berkarat. Pakaian penyanyi wanita yang menjolok mata. Ada pula lenggok-lenggok yang menggiurkan. Konsep dikir barat hilang ditelan keghairahan pencipta dikir itu sendiri. Mereka tersasar dan tertidur dalam asyiknya nyanyian. Memang tidak salah meniru kemodenan zaman dengan mempelbagaikan istilah dikir seperti dikir moden contohnya atau dikir irama. Kesenian dikir barat Kelantan yang diwarwarkan dunia luar sekaligus hilang. Malah pendikir di Kelantan kini tidak kurang hebat geleknya jika dibandingkan dengan penyanyi dangdut Enul. Gelak Enul sekalipun tidaklah melampau sebegitu. Andai kita sebagi rakyat Kelantan gagal mengekalkan keindahan seni dikir, siapa lagi yang mahu mempertahankan itu semua. Bagaimana pula dengan dikir blues yang dibawa oleh Halim Yazid. Syabas, dengan mengekalkan konsep dikir, beliau mempersenikan lagi dikir. Dalam masa yang sama, memartabatkan keterlibatan anak seni Kelantan di dunia. Ini satu kereativiti yang baru. Bukan bermakna menggadai maruah dikir barat, tetapi memperkayakan lagi kemasyhuran dikir barat Kelantan di mata masyarakat luar. Tidak menyakitkan mata memandang. Penulis bukannya berat sebelah, tapi pembaca sendiri boleh menilai dengan mata kasar ilmu dikir yang diaplikasikan oleh kedua pihak. Tidak juga dinafikan masih ada segelintir pendikir di Kelantan yang masih mempertahankan seni dan maruah dikir barat, tetapi hanyalah segentir. Kenapa tidak semua bersatu hati memperkenalkan dikir barat kepada dunia luar secara lebih sopan. Fikir-fikirkanlah.!

Friday 11 May 2012

Dunia oh dunia

Lihat! Inikah yang dikatakan kaum Yahudi sebagai pengganas yang perlu dihapuskan. Siapa pengganas? Dunia hanya mampu melihat dengan mata, tapi tidak berdaya untuk membela. Kenapa? Islam berpecah pelah. Parti kau, parti aku. Si kafir ketawa mengeceh. Akhirnya yang tertindas Islam. Lihat saja di Malaysia. Melayu memperlekehkan melayu. Parti Islam ditentang, bangsa ditatang. Agama mula menghilang. Bukan berpihak pada sesiapa, tetapi politik dan Islam harus bersatu. Tanpa Islam, tiada lagi arah tuju. Pesta sana, joget sini. Ish, ish.. apa nak jadi. Tidak malukah pada anak-anak Palestin. Berjuang untuk mempertahankan Tanah air dan agama. Mereka tidak takut mati. Mari,jadi seperti mereka. Bersatu hati demi agama dan bangsa. Jika kita terus bersengketa, tidak mustahil kita juga akan hancur dalam genggaman kuasa yahudi. Ayuh, bersatulah Islam, bersatulah Melayu, bersatulah demi agama Allah. Amal maaruf, nahi mungkar. Bersihkan yang kotor. Islam sukakan kebersihan. Ia juga separuh daripada iman.

Sunday 6 May 2012

Melakaku sayang

Aku cinta Melaka. Tapi cintanya tidaklah melebihi cintaku kepada tanah serendah sekebun bunga.

Monday 23 April 2012

Bersyukur kerana aku perempuan

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita. Keluhan remaja perempuan A: “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” Keluhan isteri A: “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” Keluhan remaja perempuan B: “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” Keluhan isteri B: “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!” Keluhan isteri C: “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?” Keluhan isteri D: “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?” Keluhan remaja perempuan C: “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”. Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!” Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu. Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A: “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!” Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A: “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!” Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!” Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B: “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !” Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C: “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!” Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!” Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D: “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!” Lelaki beriman bertanya: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?” Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata; “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!” Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka. Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia. Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti... Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut

Friday 20 April 2012

Hidup ini mudah

Catit seorang kawan di dalam bukunya yang aku beli, "hidup ini payah, tapi ingatlah, kita masih Allah." Ya - aku sentiasa ingat. Memang payah sebenarnya. Kepayahan itulah yang sedang mengajar aku menjadi manusia. Aku katakan pada diri, hidup ini mudah. Di antara dua pilihan yang payah, pilih salah satu. Andai kata diberi pilihan untuk memilih. Sekiranya pilihan itu yang diberi, terima sajalah dengan hati yang ihklas dan sabar. Mudahkan! Aku cuba menjadi manusia yang lebih mengerti dan bertoleransi. Cuma yang ada, hanya YA atau TIDAK. Bagaimana aku harus main tarik tali jika situasinya begini? Payahkan! Yang mudahnya, katakan saja YA atau TIDAK. Mudah, mudah. Walaupun ada sesuatu yang tertinggal di antaranya. Sekali aku melangkah, ianya menjadi kenangan yang terlalu manis, hingga aku tidak sanggup menelannya. Sesekali, ia mengalir dari lekuk pipi dengan deras sekali. Mudah, mudah. Apa saja yang mahu berlaku, masih tetap akan berlaku, jika itu yang dipilihNya. Apa yang kita mampu, berdiri di tiangNYA. Berdoa dan mengadu tentang liku-liku hidup yang terlalu menghiris. Benarlah kata kawan itu, "hidup ini payah, tetapi kita masih ada Allah." Benar juga kataku, "hidup ini mudah."
Mudah dengan memikirkan ianya mudah. Kerana itu saja pilihan yang tinggal, segalanya mesti diteruskan. Berhenti setelah mati atau mati sebelum ajal. Lebih payah dengan meneruskan kehidupan sebagai manusia yang kalah. Tiada siapa yang tewas, yang ada hanyalah siapa yang berani untuk berjuang. Teringat juga peristiwa perang di suatu zaman. Ketika tentera Islam mahu menawan negara tersebut, sebaik saja sampai, panglima perang mengarahkan armada dibakar. Bila ditanya kenapa, kita lawan dan tawan, atau jika kalah, kita berjuang sampai mati. Tidak ada sesiapa yang akan berundur atau berpatah balik. Mudahkan! Dengan keberanian, keyakinan, dan tawakkal, tidak perlu takut sesuatu itu payah. Mudah, mudah, mudah.

Monday 16 April 2012

Bila wajah bersuara

Meminjam kata seseorang, "katanya, bila rindu pada wajah, aku jadi pelupa." Bila wajah bersuara, tidakkah seseorang itu mahu berkata sebenarnya, "aku mulai rindu padamu."

Saturday 14 April 2012

Pelari aksara

Benarkah seperti kata seorang kawan, menulis itu bagaikan pelari marathon yang panjang. Bila sudah mula mengejar aksaranya, tidak mahu berhenti lagi. Kalaulah aku ini pelarinya, alangkah, aku tidak akan terhenti-henti begini. Terlalu banyak perhentian menjadikan aku lambat sekali sampai ke destinasi. Apa pula kata diri? Jalan yang dilalui tidak sama likunya bagi setiap orang. Destinasi mungkin sama. Dan harus diingat, tiada jalan pintas. Walaupun hidup ini tidaklah payah, kesukaran tetap ada. Kerana itu, bila seorang kawan selitkan kata-kata dalam sebuah buku, "hidup ini payah, ingatlah kita masih ada Allah." Kita masih ada Allah. Ya, itulah kekuatan yang diri ada. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-Nya. Melainkan kita yang berlaku tidak adil pada diri. Seorang pelari aksara yang tidak pernah mahu berhenti mengejar bait-bait diksi, hingga sesekali rebah dalam ratip malam.
Sesekali, menjadi pelayar, menentang gelombang ganas di tengah lautan dalam. Terumbang-ambing sendiri. Kerana pelari aksara, indahnya masih terasa. Terapung bertebaran di antara aksara-aksara yang diuntaikan menjadi tasbih diksi. Alangkah indahnya jika hidup ini seindah mimpi begini. Terusan berlari, kau akan sampai ke destinasi. Berjalan lambat, atau berlari, tapi terhenti-henti, selagi langkahnya tetap ke depan, dengan izin Allah, akan sampai juga. Kerana itu, diperingatkan juga untuk manusia sejagat, berusahalah, nasib seseuatu bangsa itu tidak akan berubah, melainkan bangsa itu sendiri yang mengubahnya. Berusaha dan berkerja kuat.

Wednesday 4 April 2012

Benarkah rindu kau bawa pulang

Seperti kelopak mawar yang mekar, benarkah begitu rasamu. Aku tidak mahu tahu, kau datang bersama apa. Cuma yang aku tahu dari katamu, kau pulang membawa rindu. Tapi masih tetap sayang, kau bukanlah Bang Tuah. Dan aku juga bukanlah Tejamu. Jika kau Bang Tuah, andai aku benar Teja, kaulah lelaki pertama yang akan melukaiku. Cintaku kau anggap semudah memakan sireh jampi. Dan kau jugalah yang begitu parah terluka. Pulanglah, tinggalkan rindumu di sini. Usah sekali-kali kau merinduiku.

Sekuntum bunga kemboja ini tanda tulusku pada rasamu. Semadikan saja rasamu itu. Kau tidak akan melukaiku dan aku juga tidak mahu melukaimu. Kita semaikan semula benihnya sebagai persahabatan yang luhur. Sampai bila-bila. Asal saja kita bertemu nanti, kau dan aku, kekal bersahabat. Cukuplan 2 kuntum bunga yang kuhadiahkan padamu. Dan ini kuntuman yang terakhir.

Bunga sakura. Sebagai persahabatan kita. Kenapa aku hadiahkanmu bunga ini? Aku juga tidak mengerti. Kau ertikanlah sendiri. Cuma, jika ditanya kenapa aku hadiahkan padamu bunga-bunga, kerana katamu juga, kau suka pada bunga. Terimalah bunga0bunga ini sebagai tanda keikhlasan kita menerima hubungan ini sebagai persahabatan semata. Setelah kau pulang, aku menjemputkan bertandang lagi. Datanglah ya, sebagai seorang sahabat. Pulangkah semula rindu itu. Jika benar, rindu yang kau bawa pulang.:)

Tuesday 3 April 2012

Sambutan Hari Sastera Perdana


Bez..hehe. Tentunya itu perkataan pertama yang aku ungkapkan bila ditanya. Enjoy. Huhu. Bertemu masyarakat sastera yang mesra. Cuma, aku tidak mampu untuk berlama-lama duduk di dalam dewan untu mengikuti seminar. Mengantuk. Situasi yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Lantas, aku mengambil keputusan untuk keluar dewan. Sayangnya, diri gagal memenuhi majlis ilmu. Maaf diri, aku tidak mampu. Maaf juga diri kerana sengaja memilih tempat duduk belakang dan tidak bersama teman-teman yang lain. Bukan mahu menyendiri. Sengaja, agar bila aku mahu terlelap nanti, cepat-cepat aku akan bangun mendapatkan situasi yang lain dan agar tidak mengganggu teman-teman. Dibelakang dan duduk di barisan paling tepi, senang kan. Berkesempatan juga bertemu teman fb. Hanya bersua di fb, dan kini berselisih di alam nyata.
Disertai seluruh persatuan penulis tanah air, termasuk Sabah dan Sarawak. Juga indonesia, Thailand, Singapura. Menginap di homestay, benar-benar selesa. Makanan juga penting ya. Hmm.. sedap. Dan yang paling bez, bila dapat bertemu rakan-rakan penulis dari Kelantan. Windunyeee. Bertemu rakan senegeri di negeri orang. Dan awalnya kurang mengecami. Maklum, serasanya, hampir 6 tahun juga tidak bertemu. Tapi masih tetap mesra seperti dulu atau lebih mesra lagi kala kini.
. Haji Osman, bendahari PPK (Persatuan Penulis Kelantan), terima kasih kerana apabila ditanya, masih mengingati saya dengan tepat sekali. Sayang, tidak berkesempatan berbual panjang. Semoga jumpa lagi di lain masa. Seperti kebiasaan lalu, bertemu dan berpisah dan masih tetap menyemai kemesraan dalam kenangan.
. Ini pula teman-teman dari Sarawak. Juga mesra dan ramah semuanya. Benar-benar "bez" berada dalam daerah masyarakat sastera. Dan ada sesuatu yang membuatkan terfikir. Benarkah, mungkinkah, atau barangkali. Sesuatu itu biarlah menjadi rahsia diri saja.

Thursday 22 March 2012

Rezeki yang direzekikan Allah



Terkejut! Seorang hamba menelefonku dan mengomel itu dan ini. Antara katanya begini. "apa perlu anak yang masih sekolah dibiasakan dengan solat dhuha. Buang masa saja. Sedangkan solat dhuha untuk mohon kekayaan. Walhal, anak yang masih sekolah tidak bekerja. Duit sekolah mak bapak yang bagi."
Angkuhnya manusia begini. Lupa bersyukur. Rezeki Allah untuknya barangkali hanya setakat itu saja. Rezeki yang melimpah ruah itu kemungkinan rezeki anak-anak yang disandarkan kepada mak dan ayah. Ceteknya akal. Apakah rezeki itu padanya hanya duit semata. Bukankah kesihatan, kebahagiaan, anak-anak soleh dan sebagainya juga adalah rezeki. Barangkali dia merasakan dengan duit dan kekayaan yang ada boleh membeli jiwa. Mampu membayar sebuah kesihatan tubuh badan. Dia juga boleh membuat transaksi untuk mendapat ketenangan hidup. Barangkali begitulah yang dia fikir. Semoga memperoleh Hidayah Allah.
Inilah yang dikatakan dengan ujian kekayaan. Semoga diri dan anda semua dijauhkan dari sifat bongkak, sombong dan angkuh begini. Teringat kata seorang kawan sewaktu bersembang di warung. Orang kaya lebih mudah menempah tiket ke Syurga. Iaitu dengan bersyukur, dan bersedekah dan ikhlas. Tetapi sikap sesetengah menusia yang mudah lupa usul diri di mana mereka bermula terkadang menjadikan mereka manusia yang baru lahir. Mereka bukan lagi mereka. Kemiskinan yang dulunya menguji kehidupan menjadikan mereka manusia yang sentiasa bersyukur dan berusaha mengubah hidup. Bila diuji dengan harta kekayaan, mereka tewas dengan nikmat dunia. Kasihannya manusia begini. Semoga mendapat Hidayah. Semoga diri dan anda semua dijauhkan dari bencana ini.
Walau bukan semua begini, tetapi sesetengahnya yang begini, sedarlah! Dalam soal ibadah, jika tidak mahu melakukan, tidak mengapa, tetapi jangan dipertikaikan. Tidak salah jika anak-anak yang dididik sudah menunaikan solat yang wajib, dibiasakan pula dengan yang sunat. Jika ibu bapa tidak mampu melakukan, janganlah diperkecilkan usaha anak-anak. Malah seharusnya bersyukur dianugerahkan anak-anak yang begitu. Itulah rezeki yang direzekikan Allah.

Monday 5 March 2012

Menghargai sesuatu yang sudah pun milik kita

Tentu diri biasa dengarkan, penyesalan yang tak sudah. Penyesalan yang bagaimana tu? Begini wahai diri, sekadar melihat apa yang dekat dengan diri saja. Kehilangan apa yang sudah kita memiliki. Dan lantas, meratapinya kerana selama ini tidak menghargai. Fitrah begini sering sangat terjadi. Kurang menyedari betapa sesuatu itu sebenarnya terlalu berharga dalam hidup kita. Tatkala ia diambil kembali Ilahi, tak semena-mena terasa seperti kekurangan pada sesuatu. Dan.. meratapinya dalam penyesalan yang tak suddah.

Sapulah air matamu, tiada guna menangisi apa yang telah pergi. Kesilapan kerana lupa menghargai apa yang pernah kita ada, akan membetulkan langkah kehidupan yang bakal ditempuhi. Belajar dari pengalaman hidup sendiri, membuatkan diri sedar bahawa selamanya ia bukan milik kita. Dan seperti juga kehidupan ini, selamanya ia bukan untuk kita. Sebelum terlambat, hargai dan syukuri apa yang kita ada.

Air mata darah sekalipun tidak mungkin dapat mengembalikan susu yang tertumpah, melainkan dengan izin Allah. Atau mungkin diri mahu mengharapkan keajaiban. Tidak mustahil bagi Yang Mencipta, tapi jarang-jarang saja berlaku pada diri kita. Bukankah kita sudah diingatkan berkali-kali, waspadalah menempuh hidup dan jadilah manusia yang bersyukur. Sebenarnya, kita adalah manusia yang mengulangi kesilapan yang sama. Berulang-ulang, yang mana kesilapan begini pernah dilakukan oleh manusia sebelum kita. Kerana itu, orang yang lebih tua, akan menasihati begitu dan begini, dan kita berdesis dalam hati ,"ah, dia dulu pun macam aku juga. Bukan baik sangat pun." Dia telahpun melakukan begitu dan begini, begitu, begitu dan begini yang terjadi. Mereka tidak mahu kita merasakan keperitan yang sama lagi. Ternyata kita mencubanya, dan sakitnya terasa. Dan kita akan berkata hal yang sama kepada generasi di bawah nanti. Usah buat begitu dan begini. Dan tiada penyudahnya.
Yang pergi, tak mungkin kembali. Apa yang hilang, usah diratapi. Jadikan ikhtibar agar tidak mengulanginya lagi. Kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan yang sejati. Mulai dari saat ini, mensyukuri apa yang dikurniakan untuk kita. Menghargai apa atau siapa yang ada depan mata. Menyedari kehadiran siapa atau apa yang menemani perjuangan hidup kita. Tanpa siapa atau apa-apa, tiadalah sebuah makna yang boleh dinamakan.

Friday 2 March 2012

Ubati hati



Alhamdulillah.. masih sempat menemui hari sekalian hari. Syukur, masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan sisa umur yang berbaki untuk bermuahasabah diri. Mensucikan hati ini dari segala rada hasad dengki, dan cemburu iri hati. Zalimnya diri menzalimi aku dengan rasa begitu. Bukankah kita ini hamba yang wajib bersyukur dengan apa yang ada. Tidak boleh ada iri hati wahai diri. Apa yang diaadakan kepada diri orang lain, doakan saja, semoga ianya diberkati Allah. Doa itu senjata seorang muslim.
Wahai diri, mari!!! Mari kita bermuhasabah. Tahun baru masihi sudah 2 bulan berlalu. Sampai hati kau diri, ,e,biarkan ia berlalu tanpa sebarang hasil kerja pun. Bukankah kau telah berjanji, tidak akan membiarkan tahun ini pulang dengan tangan kosong. Kau mahu membekalkan ia dengan kejayaan dirimu. Berjaya dengan apa yang kau cita-citakan. Atau kau masih mahu menanti untuk tahun akan datang. Ah, sebagaimana tahun bertukar angka, kau pun turut bertambah usia.
Ingat ya diri, jangan nanti kau tidak berdaya lagi, baru kau mahu menyesali. Mari, mulakan langkah yang pertama. Dan teruskan melangkah. Sesekali jatuh, tak mengapa. Mereka yang berjaya juga biasa tersadung. Malah ada yang lebih sakit.
Malas..hah!!! Tidak ada istilah malas bagi mereka yang mahu berjaya. Wahai diri, di depanmu dunia yang penuh mencabar menunggu. Orang yang malas, tempatnya diceruk saja. Tidak malu ke? Adakah hanya ini yang diperjuangkan selama hidup? Kehidupan yang sebegini panjang. Perjuangan untuk berjuang menjadi manusia yang tempatnya hanya di belakang. Tidak!
Langkah pertama: Membaik-pulihkan hati. Barngkali ada yang tidak kena di situ. Bukan barangkali, memang ya pun. Ayuh diri, ayuh aku, ayuh saudara-saudara, kita mulakan langkah pertama dengan mengubati hati dulu. Mulakan juga dengan doa yang tulus.

Sunday 12 February 2012

Sakit itu menginsafkan

Bila sakit, terus ingat mati. Bila fikirkan mati, terus rasa takut. Belum nak mati lagi. Belum cukup bekalan. Muda lagi. Ah, macam-macam alasan. Hmm.. berapa lama nak hidup, seratus tahun, seratus ribu tahun? Kenapa tak cukup bekalan? Persiapkanlah. Bukankah sudah tahu masih ada perjalanan yang wajib ditempuhi. Alah, katakan kita nak pergi berkelah. Awal-awal lagi dah beli barang. Dah masak. Inikan pula perjalanan untuk menempuhi alam bakhzab. Persiapkanlah. Sakit itu sebagai peringatan. Terkadang kita mungkin lalai. Itu tandanya Allah sayang. Allah tak nak kita mati dengan jiwa dan hati yang lalai. Duani ini, awal-awal lagi sudah diingatkan, hanya pinjaman je beb. Kita diberikan kehidupan. Bila-bila masa akan diambil dari kita. Masih nak hidup lama. Makin banyak bekalan nak kena buat. Tertanggungkah dosa-dosanya nanti? Atau nak hidup lama juga, err.. sanggupkan berdepan dengan hari tua. Berkerepot. Tak cantik lagi. Takkan nak suntik kot? Berdosa tu. Mujur sakit, ingat juga nak mati.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita masih sedar dan mahu menginsafi. Bila-bila masa saja, ajal akan menjemput. Tidak cepat dan takkan lambat, walau hanya sesaat. Semoga sama-sama dipermudahkan perjalanan duniawi dan melakukan persiapan akhirat nanti. Semoga hati-hati kita dikurniakan Hidayah.Aamin.

Sunday 5 February 2012

Kelebihan-kelebihan berselawat

? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

sumber: http://soleh.net/

Sunday 8 January 2012

Kenapa biarkan hidup anda tertekan!

Stress, tension.. selalukan kita dengar. Tak kira dari zaman belajar, sampailah ke zaman kerja. Dari remaja, sampailah dewasa pertama, dewasa kedua, dan hingga ke zaman tak berdaya lagi. Dah tua!!! Kenapa stress, tension.. atao boring sangat-sangat. Sampaikan kepala terasa berdenyut-denyut memikirkan hal yang mengocak jiwa. Alahai, masalah. Tak larat lagi nak lari dari bayangan sendiri. Ke mana pergi, terasa diekori. Baik!!! Tarik nafas dalam-dalam, dengan lafaz Bismillah, berdepanlah dengan apa jua cabaran. Inilah kehidupan. Adanya kehidupan, adalah perjuangan. Dalam perjuangan, harus menang, tapi tak selalunya kita menang. Sekali kalah, tak bererti kalah selamanya. Kalah berkali-kali pun, selagi ada kehidupan, teruslah berjuang. Allah bersama orang-orang yang sabar. "Sesungguhnya, tidaklah berputus asa seseorang hamba itu, melainkan orang yang kafir," Apalah makna kehidupan itu, jika tanpa perjuangan. Kita masih di dunia, bukannya di Syurga. Terlintas saja, terus dapat. Di sini, di negeri yang sementara, kena rajin berusaha, berikhtiar, bertawakkal dan berdoa. Kekuatan datang hanya pada manusia yang yakin pada ketentuan Allah. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai bimbingan. Kenapa biarkan diri tertekan. Bebaskan diri dari dibelenggu sesalan yang tak sudah. Yang berlaku, telah pun berlaku. Bina hidup baru, azam baru, dan tunaikan cita-cita yang dulu. Hanya yang satu itu. Sesiapa saja berhak untuk senyum. Menikmati kehidupan dengan lebih santai. Usah stress, tension atau boring. Relax. Yakinlah juga, Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Jaga hubungan kita dengan Allah, Allah jaga hubungan kita dengan manusia. Tunai kewajipan yang 5 waktu, Allah bantu dikala kita buntu. Apalagi yang kita mahu. Selamat Berjuang!

Friday 6 January 2012

Mensyukuri Nikmat Ilahi

Alhamdulillah, atau dengan ucapan yang melayunya, syukur ke-hadrat Allah. Tak susah kan!!! Diri menulis ini hanya kerana mahu mengingatkan diri akan kelalaian dari menerima seadanya nikmat yang diberi. Bila dapat begini, masih mahukan yang begitu. Hati memberontak. Minda ligat berputar, bagaimana cara nak genggam semuanya. Alahai diri, seharusnya, yang pertama.. bersyukur dulu dan merasakan cukup dengan apa yang ada. Bukan tidak bermakna berhenyi berusaha untuk mendapat yang terbaik. Mesti berusaha. Dan terus berusaha. Cuma, bersyukur dahulu. Belajar menjadi manusia yang serba sederhana dengan tidak terlalu dilimpahi dengan keinginan yang materialistik. Hidup berkejar-kejar, langkah tidak ke mana juga jika lupa pada janji Ilahi. Melangkah, biarlah di landasan yang betul. Landasan yang betul??? Hmm... langkah yang bagaimana tu??? Tak susah. Tunaikan kewajipan 5 waktu. Walau dihambat kesibukan sekalipun, yang 5 waktu itu, laksanakan dulu. 10 tangan dipohon. Pada siapa lagi hendak meminta-minta, jika bukan padaNya. Mengemis pada yang dicipta, apalah dayanya. Allah Maha Mendengar doa hambaNya. Setiap usaha yang masih dalam keredhaanNya, pasti akan berhasil. Bersabar!!! Sabar itu akan dibayar oleh Allah dengan nikmat yang tidak terhitung. Usah menggantung hidup pada manusia yang lemah. Doa, usaha, ikhtiar, tawakkal. Insya'Allah. Selagi hati yakin pada pencaturan takdir yang Maha Adil, kejayaan menjadi milik diri, milik kita dan milik semua yang berjihad di jalan Allah. Aamen. Semoga diri tekun berusaha menggapai cita. Semoga di maal hijrah yang baru ini, diri dilimpahi dengan kejayaan. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk diri. AAMEN

Thursday 5 January 2012

Berhati-hati bila meminjam

Seperti yang biasa kita dengar, "ukur baju biarlah di badan sendiri." Kalau mebgikut saiz orang lain, mungkin ada yang lebih kurang besarnya dengan badan kita, tapi masih kurang selesa. Masakan ada klon diri pula. Pakai saiz M, tapi beli saiz XXL, bukan saiz kita tu. Lebih baik pakai tudung salji je, atau serkup dengan kelambu. Itu pasal baju. Soal berbelanja pula, ikut poket sendiri dahlah. Peduli dengan orang yang pakai berjenama tu, atau yang pakai kereta besar. Apa nak malu, asal jangan sampai berhutang. Berhati-hati bila berhutang ya. Selalunya, besar kereta, lagi besarlah hutangnya, dan diikuti yang lain-lain. Mana ada orang kaya yang hidupnya bergoyang kaki. Dahlah tu, membanggakan diri pula, :"tengok macam aku, walaupun kaya, tapi masih berusaha." Memanglah, sebab nak kena bayar hutang bank bulan-bulan. Berusaha bagus, membangga diri kurang bagus. Bila sebut lagi, ukur baju di badan sendiri, bersyukurlah dengan nikmat yang diberi. Belajar menerima seadanya. Ramai yang dah cukup ukuran dibaju, tapi masih nak buat banyak tempahan. Sampaikan terpaksa berhutang. Tak betul tu. Membebankan diri sendiri. Tapi ada yang terdesak, terpaksa juga berhutang. Hati-hatilah ya. Berhutang dengan cara dan orang yang betul. Berhutang dengan saudara sendiri pun, memanglah betul, tapi caranya mungkin tak tepat. Ada saudara yang kurang ikhlas. Mendedah hutang kita rata riti. Padahal, cara meminta hutang juga perlu betul. Aduhai, macam-macam manusia yang ada. Berhati-hatilah. Rezeki Allah melata di muka bumi ini. Berusaha dan semoga diberkati.Selamat berjaya diri.

Al-kisah manusia yang sombong

Nikmat kekayaan itu diuji dengan kekufuran. Ramai manusia yang asalnya dari keluarga miskin, berjaya dan kaya, lantas menjadi sombong. Kesombongan merajai hati. Merasakan diri berharta, hinggakan lupa, siapa kita pada awalnya? Harta yang bertimbun tidak dapat membeli jiwa manusia lain. Tidak dapat membayar harga sebuah silaturrahim. Bersuka-suka memperlekehkan orang lain. Walhal, Allah sendiri tidak membezakan hambaNya. Ramaikan manusia begini. Terkadang mereka itu hampir saja dengan kita. Semua ini hanya kerana lupa diri. Langit itu masih tetapi tingginya. Dan kita, hanyalah dari bumi. Dari setitik mani. Terkadang, ada yang hanya menumpang tuah suami. Itu tidak mengapa, rezeki masing-masing. Cuma, jangalah berbusuk hati dan lekas menghukum orang lain, hanya kerana kurang bernasib baik dalam alam rumah tangga. Tiada apa yang mesti dibanggakan. Rumah yang besar?? Bila--bila saja boleh runtuh. Cinta suami?? Bila-bila saja boleh hilang. Belaja mensyukuri segala nikmat yang diberi. Bukannya berhasad dengki sana sini. Merasakan diri ini kaya dan berhak menghina sesiapa saja, di mana-mana dan dengan maki kesat yang entah apa-apa. Inilah yang dikatakan ujian kekayaanb, kufur nikmatnya. Allah akan menimpakan bala. Ingat pada Janji Allah. Manusia yang lupa bersyukur, Allah lupa padanya. Tiada guna membangga diri dengan Hajah, jika tidak ubah seperti al-abid pada tingat langit yang pertama. Kasihanlah manusia yang hatinya buta. Yang hatinya beraja pada kekayaan dunia. Kata-katanya bongkak, sombong, suka pula berkej-keji di belakang. Aduhai, insaflah!!!Masih ingat kisah ini???
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki.” Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Kisah iblis yang sombong dan bongkak. Sekadar peringatan untuk diri penulis.

Monday 2 January 2012

Baru Tahu Tahun Baru

Bila orang minta hutang
Kita kena bayar hutang
Bukan kita tak nak bayar hutang
Kita mahu bayar pakai debu-debu kota ke???
Atau
Kita boleh bayar dengan bait-bait kata ke???
Haiyoo
Lu tarak boleh bikin ini macam
Bikin banyak ragam
Lu boleh sabar!!!
Gua tengah dedar
Lu bising-bising sama olang
Gua bukan tukang
Boleh bikin rumah
Boleh kasik terus siap
Gua ingat lu punya hutang
Lu tarak ikhlas lagi
Gua maluuuiiii ooo
Gua bayar nanti
Sumpah!!!
Gua takkan minta tolong sama lu lagi!!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger