Selamat Datang Ke Laman Karya Saya

Sharifah Aisiah Syed Mahazar , sekarang bergelanda di Melaka dan sedang membina kerjaya sebagai penulis sepenuh masa.Mula bergiat dalam bidang penulisan seawal tahun 2006.Pada awalnya berjinak dalam genre puisi sahaja kemudian mencuba dalam genre cerpen di bawah bimbingan Zaharah Nawawi dan aktif sebagai peserta bengkel yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di sekitar Pantai Timur.

Kini bergerak sebagai penulis bebas dan masih bertatih dalam genre novel

Tuesday 30 April 2013

Catitan malam buatmu

Malam-malam begini, menjalarkan benak memoriku untuk lansung merinduimu dari tangkai jantung yang paling utuh. Masa berlalu dan agak-agaknya andai kita bertemu, masih kenal atau teragak-agak untuk mendekati. Masakan Ummi Long tidak rindu, Syed Adil Rayyan satu-satunya anak saudara yang Ummi Long ada(buat masa ini). Dan kelahiranmu sepanjang 3 bulan, hampir separuh dari 3 bulan pertama, Ummi Long luangkan masa denganmu. Setiap pagi, selepas subuh, kita akan tidur bersama. Kita akan tidur berlaga pipi. Dan kau akan pejamkan mata dengan wajah yang tenang. Yang membuatkan kami geli hati, bila Ummi Long bangun, kau turut menggeliat sama. Hampir setiap masa, kau akan berada di atas ribaan Ummi Long, atau Ammi, atau Ummi, atau Nenda, atau Abah, atau Che Su. Kecuali pada saatnya kau tidur, itupun kami tidak sekali-kali membiarkan kau keseorangan. Salah seorang antara kami akan menunggumu. Ayatul suci akan menguliti tidurmu. Kini, kau telah mengjangkau usia 4 bulan. Kau dibawa bersama Ummi-mu dan Baba-mu. Memenuhi tanggungjawab dan tugasan. Kau hanya di Kota Tinggi, Ummi Long cuma di Melaka. Bukannya jauh sangat. Ummi Long pasti akan menjengukmu bila ada kelapangan nanti. Tentu Syed Adil kurang cam Ummi Long lagi. Tidak mengapa - kita hanya perlukan masa dan Syed Adil pasti akan mesra kembali. Cepatkan dewasa, Ummi Long mahu ceritakan banyak perkara - terlalu banyak. Kelahiranmu Ummi Long anggap kebertuahan diri. Membesarlah, dan Ummi Long akan ceritakan semuanya rahsia yang bukan lagi rahsia. ..:)

Monday 22 April 2013

Sedikit catitan Tanjung Sedili

Inilah individu yang menggamitku untuk ke Tanjung Sedili. Aku menaiki bas dari Melaka. Tiada bas xpress untuk ke Kota Tinggi. Dari Melaka mesti ambil tiket untuk ke Larkin, JB. Harga tiket RM19. Sekiranya tiada aral dalam perjalanan, kira-kira 3 jam masa perjalanan akan sampai ke Perhentian Larkin. Sebaik saja sampai di Larkin, ada banyak bas henti-henti yag disediakan untuk ke Kota Tinggi. Tambang bas sekitar RM4.90-RM5.80sen. Bergantung kepada syarikat bas tersebut. Masa perjalanan lebih kurang satu jam atau lebih sedikit. Untuk meneruskan perjalanan ke Tanjung Sedili, perlu menaiki sebuah bas lagi. Jarak perjalanan untuk sampai ke Tajung Sedili lebih kurang 30 kilometer. Harga tambang bas di lebih kurang RM5. Aku tidak menaiki bas ke sana. Tapi lebih kuranglah harga tambang dengan jarak sejauh tu. Sekitar pekan Tanjung Sedili. Sekitar Tanjung Sedili. Jambatan yang sayup di belakang tu, jambatan untuk ke Kuala Sedili Besar. Keropok Tanjung Sedili. Bolah tahan mahal. Harganya sama level dengan keropok yang dijual di Bandar Melaka. Budu pun ada. Mungkin sebab orang kuala ni asalnya bukan penduduk setempat. Rata-rata nelayan yang berasal dari Kelantan dan Terengganu. Loghatnya juga bercampur. Harga budu, fuh.. mahal woo. Jeti Tanjung Sedili. Boleh menaiki bot di sini untuk ke Kuala Sedili Besar Aku pasti akan mengulangi jejak ke Tanjung Sedili sebab ada Adil Rayyan di sana.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger