Selamat Datang Ke Laman Karya Saya

Sharifah Aisiah Syed Mahazar , sekarang bergelanda di Melaka dan sedang membina kerjaya sebagai penulis sepenuh masa.Mula bergiat dalam bidang penulisan seawal tahun 2006.Pada awalnya berjinak dalam genre puisi sahaja kemudian mencuba dalam genre cerpen di bawah bimbingan Zaharah Nawawi dan aktif sebagai peserta bengkel yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di sekitar Pantai Timur.

Kini bergerak sebagai penulis bebas dan masih bertatih dalam genre novel

Thursday 12 May 2011

Mengejar cita dalam cinta

Cinta pada bidang penulisan, cinta pada buku-buku sastera, cinta pada ilmu, membawa kepada cinta membaca apa saja. Sehari tidak membaca apa-apa, terasa bersalah pada diri. Bukan senang membina kerjaya dan melestarikan cita. Perlukan komitmen dan konsisten yang tinggi. Perlu tebalkan telinga dan tebalkan perasaan. Orang boleh kata apa saja, yang merasa adalah kita. Orang tak tahu apa yang kita mahu dan ingin jadi. Tidak perlu kita berhujah panjang untuk berbahas tentang cita dalam cinta. Masanya akan tiba. Yang penting, usaha berterusan. Tidak sekali-kali berputus-asa. Doa berpanjangan. Tawakkal kepada Allah. Sebarang luka dalam menempuh perjuangan ini, hanya kepada Dia dicurahan. Sukar untuk mencari manusia lain yang memahami perjuangan diri ini. Tidak perlu difahamkan, lihat sajalah hasilnya nanti. Barangkali bukan hari ini atau esok, tapi setiap hari kepada kita, bukanlah hari yang mendung. Setiap hari untuk kita, ada masanya dilanda taufan, hujan lebat atau panas terik. Kita redah dan pasrahkan saja. 
Cita di dalam cinta, hanya kekuatan yang membuatkan diri terus bertahan. seahun atau seribu tahun, selagi ada kekuatan, masih tetap akan ada cita dalam cinta. Ada satu haru yang dirasakan terlalu panjang. Ada juga dirasakan begitu singkat. Ada hari-hari yang sangat membosankan. Dan hanya ada satu saat yang melukakan. Saat diri mengenang semula zaman anak-anak-ceria. Zaman remaja-lapang saja. Zaman dewasa-sarat dengan persoalan. Diri termenung panjang - sepanjangnya. Diri mengeluh panjang - sepanjangnya. Keluhan seorang manusia yang mengejar cita dalam cinta.

Sunday 8 May 2011

Bicara Orang Lama


Sepagi mengikuti mensyuarat IPM(ikatan persuratan melayu).Ajk-nya, terdiri dari orang lama. Semangatnya masih tetap baru. Dan aku generasi yang baru setahun jagung, hanya memerhati. Belajar cara dan gaya orang lama bekerja memperjuangkan nasib IPM selama 60 tahun. 3 kali ganda usiaku sekarang. Lebih kuranglah. Tahniah IPM. Sekali lagi tahniah dengan kemunculan Antologi Ombak dan Pantai, gabungan 14 orang penulis IPM, dan aku salah seorang daripadanya. Siapa sangka, dari bumi serendah sekebun bunga, aku mengantologikan karyaku bersama anak cucu Hang Tuah. Kebertuahan diri, barangkali. Sayang, IPM bagaikan seperti sebuah badan penulisan yang dinaungi oleh datuk-datuk(baca: yang rata-rata bercucu). Di mana menghilangnya srikandi dan pahlawan muda? Ayuh, kawan-kawan, kita sambung perjuangan mereka. Biar mereka pula yang jadi pemerhati. Ayuh, biar kita pula yang bekerja. Kita sambung hayat IPM. Kita pastikan ianya hidup, kita beri ianya nafas baru. Walau nyawa kita tiada lagi, sekurang-kurangnya hayatnya tidak berkubur.  

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger