Selamat Datang Ke Laman Karya Saya

Sharifah Aisiah Syed Mahazar , sekarang bergelanda di Melaka dan sedang membina kerjaya sebagai penulis sepenuh masa.Mula bergiat dalam bidang penulisan seawal tahun 2006.Pada awalnya berjinak dalam genre puisi sahaja kemudian mencuba dalam genre cerpen di bawah bimbingan Zaharah Nawawi dan aktif sebagai peserta bengkel yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di sekitar Pantai Timur.

Kini bergerak sebagai penulis bebas dan masih bertatih dalam genre novel

Monday 25 August 2014

Menulis dari hati ke hati

Secara peribadi, aku merasakan tidak ada lain yang aku cari, melainkan Redha Ilahi, dan Bahagia diri. Setelah Redha Ilahi, Bahagia diri akan hadir. Tidak perlu mencarinya lagi. Untuk meraih Cinta Tuhan, perlu menempuh jalan yang penuh insani. Menyaksikan dunia sekarang, pelbagai kejadian yang di luar jangkaan berlaku. Seolah-olah, dunia dengan angkuh berkata, tidak ada apa pun yang mustahil dalam perutku. Manusia yang serba jahil, menjadikan segalanya serba mungkin. Serba boleh. Asla mahu saja, semua jalan. Dosa pahala tolak tepi. Yang penting "hepi". Bukan - bukan falsafah begini yang aku percaya. Zaman apa sekali pun, masih ada batas-batas yang harus kita ingat. "Lu langgar, lu mati." Mati hati dan jira, akhirnya mati sebagai manusia yang Allah amanahkan untuk menjadi Khalifah dan beribadat kepadaNya. Tidak ada belas simpati. Yang ada, kepentingan peribadi dan kemahuan nafsu nafsi. Maruah hilang. Agama hancur. Secara peribadi, cari Redha Ilahi, dengan ini kita akan mengenal diri. Hidup ini mudah jika kita memudahkan apa yang kita warisi. Kita bertuah kerana lahir dalam keluarga Islam. Walaupun agama itu tidak mungkin dipusakai oleh ayah yang berstatus jutawan, belajarlah. Cari ilmu dan kenal Tuhanmu. Berjuang untuk diri lebuh mudah daripada berjuang untuk manusia yang lain. Tidak ada sesiapapun yang lebih kenal siapa kita, melainkan kita sendiri. Aku masih ingat falsafah yang aku yakin dan pegang sehingga ke hari ini, "KITA ADALAH KITA JIKA KITA YANG KATA KITA ADALAH KITA. KITA BUKAN KITA JIKA BUKAN KITA YANG KATA KITA ADALAH KITA. Mudah. Namun bukan bermaksa kita mesti menolak setiap teguran daripada manusia yang lain. Melampau. Islam telah mendidik umatnya agar bersederhana. Yang harus ada, hanya pegangana dan prinsip agar tidak mudah goyah dengan serangan mental dan fizikal pihak lawan. Musuh-musuh yang ada di sekitar. Dan lebih berbahaya tatkala berdepan dengan musuh dalam diri. Oleh itu, untuk menepis godaan hawa dan jiwa, perlu ada benteng keimanan yang teguh. Selamat berjaya diri.:)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger