Selamat Datang Ke Laman Karya Saya

Sharifah Aisiah Syed Mahazar , sekarang bergelanda di Melaka dan sedang membina kerjaya sebagai penulis sepenuh masa.Mula bergiat dalam bidang penulisan seawal tahun 2006.Pada awalnya berjinak dalam genre puisi sahaja kemudian mencuba dalam genre cerpen di bawah bimbingan Zaharah Nawawi dan aktif sebagai peserta bengkel yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di sekitar Pantai Timur.

Kini bergerak sebagai penulis bebas dan masih bertatih dalam genre novel

Monday 10 June 2013

Setelah Dewasamu Nanti

Satu kelahiran membawa seribu harapan untuk sebuah kehidupan. Kelahiran Adil Rayyan memberiku sesuatau yang terlalu bermakna hingga sukar untuk kulilitkan hanya dengan sebuah kata. Bagaikan sebutir permata yang begitu berharga - dirimu telah kumiliki. Satu-satunya anak saudara yang kuada(semasa catatan ini), cahayanya tetap menyinar walau dalam kelam malam yang suram. Aku masih terkenangkan lenamu yang tenang. Tenang - dalam dakapan seorang ibu saudara. Saat-saat itu berlalu begitu saja kerana kau bukan lagi anak kecil yang betah dalam pelukan sesiapa. Tanganmu kini galak menghayun ke kanan kiri. Kau marah bila dihimpit kemas sebegitu. Kau ingin bebas. Ya - duniamu luas di hadapan. Redup matamu seringkali membuatku rindu untuk bertamu. Mahu menatap mata anak saudaraku ini puas-puas. Cahayanya membiaskan kebahagian yang tak tergambar hanya dengan senyum manis. Kelahiranmu sekali lagi menjadikan hidupku bermakna - benar-benar kau telah memaknakan ia. Pantas masa berlalu, tetapi janjiku tidak pernah aku mungkir. Aku mahu merakamkan saat-saat akan dewasamu. Langkah pertama sebelum kakimu gagah berdiri, dan akan tiba saatnya, kau harus berdikari. Usah gentar - ibu saudaramu ini akan sentiasa menjadi bentengmu andai nanti kau rebah. Aku akan membimbing langkahmu sehingga teguh dan sehingga kau benar-benar menjadi anak yang tabah. Lihat - semoga kau akan menjadi anak teruna yang gah di persada dunia. Binalah sebuah nama - Syed Adil Rayyan. Rayyan bukan hanya membawa maksud Pintu Gerbang Utama Syurga, tetapi semoga dirimu nanti yang akan menungguku di sana. Aku mahu melihat puteraku ini menjadi manusia yang benar-benar manusia. Aku menunggu dewasamu!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger