Tuesday 30 April 2013

Catitan malam buatmu

Malam-malam begini, menjalarkan benak memoriku untuk lansung merinduimu dari tangkai jantung yang paling utuh. Masa berlalu dan agak-agaknya andai kita bertemu, masih kenal atau teragak-agak untuk mendekati. Masakan Ummi Long tidak rindu, Syed Adil Rayyan satu-satunya anak saudara yang Ummi Long ada(buat masa ini). Dan kelahiranmu sepanjang 3 bulan, hampir separuh dari 3 bulan pertama, Ummi Long luangkan masa denganmu. Setiap pagi, selepas subuh, kita akan tidur bersama. Kita akan tidur berlaga pipi. Dan kau akan pejamkan mata dengan wajah yang tenang. Yang membuatkan kami geli hati, bila Ummi Long bangun, kau turut menggeliat sama. Hampir setiap masa, kau akan berada di atas ribaan Ummi Long, atau Ammi, atau Ummi, atau Nenda, atau Abah, atau Che Su. Kecuali pada saatnya kau tidur, itupun kami tidak sekali-kali membiarkan kau keseorangan. Salah seorang antara kami akan menunggumu. Ayatul suci akan menguliti tidurmu. Kini, kau telah mengjangkau usia 4 bulan. Kau dibawa bersama Ummi-mu dan Baba-mu. Memenuhi tanggungjawab dan tugasan. Kau hanya di Kota Tinggi, Ummi Long cuma di Melaka. Bukannya jauh sangat. Ummi Long pasti akan menjengukmu bila ada kelapangan nanti. Tentu Syed Adil kurang cam Ummi Long lagi. Tidak mengapa - kita hanya perlukan masa dan Syed Adil pasti akan mesra kembali. Cepatkan dewasa, Ummi Long mahu ceritakan banyak perkara - terlalu banyak. Kelahiranmu Ummi Long anggap kebertuahan diri. Membesarlah, dan Ummi Long akan ceritakan semuanya rahsia yang bukan lagi rahsia. ..:)

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger